Saturday, 21 March 2015

A Change

Assalamualaikum...

Aku nak start posting aku kali nie, dengan satu persoalan. Pernah tak terlintas dalam hati korang2 nie, yang bergelar manusia, yang berperanan sebagai khalifah di muka Bumi ini dan yang menjadi hamba yang hina pada-NYA, untuk berubah? Of course lar berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelom nie? Pernah tak? Waima sekalipun dalam sepanjang hayat korang?

Aku yakin, korang sume mesti pernah merasai detik itu. Sama lar dengan aku. Bukan setakat sekali je, malah berkali-kali. Dan perasaan itu makin dirasai saat ini, selepas aku bace novel Hlovate (Contengan Jalanan)

Aku amat2 suggestkan untuk korang, supaya bace novel nie. Bace dan cube paham ape yang novelis tu nak sampaikan sebenarnya. Memang kadang2 aku sendiri tak paham dengan terms yang novelis tu gunakan, tapi aku main agak2 je.Make sure, kene lar pada jalan cerita tu ye? Jangan melencong jauh sangat. Confem2 salah jalan nanti. Hehehe...

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the11th"

Secara ringkas yer, novelis tu nak cakap yang ajal tu datang bila2 masa je. Ya, aku tau yang sume orang pun da tau pasal nie, tapi novelis tu cume nak ingatkan kiter je. Tak salah kalo kiter saling mengingati antara satu sama lain kan? Dan yang tu lar yang novelis lakukan. 

Dunia nie, hanya tempat sementara saje. Untuk kiter berteduh, mencari amal yang baik untuk dibuat bekal di akhirat kelak. So, gunakan masa dan peluang yang ade sebaiknya. Aku berubah. Korang pun berubah. Kiter same2 berubah. Ade jodoh, kiter jumpe kat syurga.

Cume, masalahnya di sini, aku tatau nak berubah dari mane. Banyak yang kurang pada diri aku. Dan aku sangat2 lar berharap, akan ade insan yang dapat tolong aku. Tarik aku ke arah yang lebih terang dengan cahaya iman. Hrm...mungkin aku akan berubah mula dengan niat. Niat tu memainkan peranan yang penting dalam ibadah kiter. Ya Allah, bantu aku!

Sekian.

"Mudah kalau hati nak. Susah kalau memang tak nak" - cp from Contengan Jalanan