Saturday, 24 December 2016

Kahwin Tanpa Cinta?

Assalamualaikum...


Wahh, tajuk!! Kemain lagi aku nie ya? Hahahaaa... Tapi actually, its not about aku dah gatal mereyam nak berlaki. Apa yang akan aku coretkan dalam entry kalini adalah sebagai satu pendapat aku untuk persoalan di atas 👆👆👆

Okayy?

Hrm...andai aku ditakdirkan untuk kahwin dengan seseorang itu tanpa cinta, inshaAllah akan aku terima seadanya. Tapi, atleast...biarlah bakal suami aku tu merupakan orang yang telah aku kenal sebelum nie walaupun hanya sekadar kenal dari jauh. 

Maksud aku, memang aku sanggup untuk kahwin tanpa cinta. Tapi, takkan lah kita nak pilih bakal suami kita tu secara main tangkap muat je kan? Kena lah jugak kenal dan tahu serba sedikit pasal bakal suami kita tu. So that nanti, takde lah rasa macam stranger sangat bila dah duduk sebilik kan? Confem awkward gila 😖 

Lagipun, masa zaman dolu-dolu, hampir semua nenek moyang kita kahwin tanpa cinta. Bahagia je kehidupan diorang sampai ke cucu cicit tercirit. Hahahaa... Tapi, yalah. Aku paham yang aku tak boleh nak buat comparison antara orang zaman dulu dengan orang zaman sekarang. Lain sangat keadaannya.

So, ini je lah kott pendapat aku. Agak-agak korang lah kan, dah terjawab ke belum ek persoalan di atas? 😉

Kalau korang pun ada pendapat sendiri, silakan komen kat bawah nie. Atau, kalau korang nak buat entry pasal pendapat korang pun boleh. Dialu-alukan. Tapi, tinggallah jejak korang dulu untuk saya baca ya?

Thanks!

Sekian.