Bagi mereka
yang tak tahu, apa itu kad prabayar Bigpay…meh sini aku jelaskan. Basically, ia
merupakan sekeping kad yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kad
debit. Cuma, yang membezakan antara mereka berdua adalah kad prabayar Bigpay
tidak terikat secara langsung dengan akaun bank simpanan korang.
Maksudnya,
setiap kali korang gunakan kad prabayar Bigpay tu untuk sebarang pembayaran…wang
simpanan dalam bank korang itu tak akan terjejas sama sekali. Pembayaran yang
dibuat hanya akan ditolak dari akaun Bigpay, dengan syarat ianya tidak melebihi
jumlah wang dalam akaun tersebut.
Haa…macam
mana pulak nak tambah wang dalam akaun Bigpay tu? Dekat sini barulah akan ada connection
dengan akaun bank simpanan, di mana korang perlu buat transaksi tambah nilai
dari akaun bank ke dalam akaun Bigpay itu. Faham tak? Halah halah halah…macam
yang selalu korang topup TouchnGo e-wallet korang tu. Macam itu lah caranya…hahahaa.
Kalau korang semua nak tahu… kad prabayar
Bigpay ni ada satu kelebihan yang sangat menarik, iaitu ia menyokong Mastercard…di
mana pemilik kad Bigpay boleh menggunakan kad tersebut di mana-mana sahaja yang
menerima transaksi tanpa tunai. Kat luar negara pun boleh jugak ke? Yes, of
course boleh. Hampir di seluruh dunia korang boleh gunakan kad prabayar Bigpay
ini. So, lepas ni…senang lah korang nak pergi melancong. Hanya perlu bawa kad
prabayar Bigpay je kan?