MENU

Wednesday 22 March 2023

RAMADHAN AL-MUBARAK

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan. Kejap je masa berlalu. Rasanya, baru je habis ganti puasa tahun lepas tu baru-baru ni. Almaklumlah...aku ni, selagi tak masuk Rejab atau Syaaban, memang tak berganti puasa. Hahahaaa...tak tahulah kenapa. Macam tabiat pun ada.



Anyways, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan untuk semua umat Islam seluruh dunia. Ayuh! Rebut peluang untuk mengumpul pahala di bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita semua diberkati Allah swt.



Jangan lupa bersahur! Minum air sebanyak yang boleh tau sebab sekarang musim panas yakmat. Nanti dehydrated pulak. Ihikkk!

Friday 24 February 2023

THRICE THE CHARM GIVEAWAY BY ATIQAH, NABILAH SAMSUDIN & NHHM

 

https://www.atiqahnajihah.com/2023/02/thrice-charm-giveaway-by-atiqah-nabilah.html


Masa tengah berblog-walking semalam, tetiba ternampak banner ni kat salah satu blog yang dilawati. Katanya, giveaway ini dianjurkan sempena meraikan kehadiran dua orang rakan sekerja penganjur ke dalam dunia blogging. So, aku pun terdetik untuk join sekali. Bukan sekadar untuk memeriahkan sambutan giveaway ini, malah aku dapat berkenalan dengan rakan-rakan bloggers yang baru. Haa...2 in 1 kan? 

Syarat penyertaan pun teramatlah senang. Hadiah yang ditawarkan pula agak menarik tau! Sila klik pada banner di atas untuk join giveaway ini. Ayuh, sebelum terlambat. Giveaway ini akan berakhir pada tengah bulan Mac nanti tau. 

Thursday 23 February 2023

Kad Prabayar Bigpay

 


Bagi mereka yang tak tahu, apa itu kad prabayar Bigpay…meh sini aku jelaskan. Basically, ia merupakan sekeping kad yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kad debit. Cuma, yang membezakan antara mereka berdua adalah kad prabayar Bigpay tidak terikat secara langsung dengan akaun bank simpanan korang.

Maksudnya, setiap kali korang gunakan kad prabayar Bigpay tu untuk sebarang pembayaran…wang simpanan dalam bank korang itu tak akan terjejas sama sekali. Pembayaran yang dibuat hanya akan ditolak dari akaun Bigpay, dengan syarat ianya tidak melebihi jumlah wang dalam akaun tersebut.

Haa…macam mana pulak nak tambah wang dalam akaun Bigpay tu? Dekat sini barulah akan ada connection dengan akaun bank simpanan, di mana korang perlu buat transaksi tambah nilai dari akaun bank ke dalam akaun Bigpay itu. Faham tak? Halah halah halah…macam yang selalu korang topup TouchnGo e-wallet korang tu. Macam itu lah caranya…hahahaa.

Kalau korang semua nak tahu… kad prabayar Bigpay ni ada satu kelebihan yang sangat menarik, iaitu ia menyokong Mastercard…di mana pemilik kad Bigpay boleh menggunakan kad tersebut di mana-mana sahaja yang menerima transaksi tanpa tunai. Kat luar negara pun boleh jugak ke? Yes, of course boleh. Hampir di seluruh dunia korang boleh gunakan kad prabayar Bigpay ini. So, lepas ni…senang lah korang nak pergi melancong. Hanya perlu bawa kad prabayar Bigpay je kan?