Melancong membawa maksud melawat sambil melihat-lihat. Siapa yang tak suka melancong? Aku? Mestilah suka...itu hobi aku sedari masih kecil dahulu. Melancong ini tidak semestinya perlu ke luar negara. Dalam negara kita sendiri pun sudah memadai.
Banyak sahaja tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dalam Malaysia ini. Cuma, masa dan kesempatan yang kadang-kadang menjadi penghalang untuk melancong. Status kewangan pun boleh menjadi faktor seseorang itu tidak melancong. Tapi, aku malas nak komen lebih-lebih pasal isu itu sebab ianya sangatlah sensitif.
Kalau dahulu, definisi melancong aku itu hanyalah sekadar melawat tempat-tempat yang dibawa oleh keluargaku. Sangat terhad sebab parents aku dalam perhubungan jarak jauh (PJJ). Tapi yang aku ingat, pernah lah juga aku sampai ke Port Dickson, Johor Bharu, Alor Gajah, Sarawak dan lain-lain lagi.
Masa kecil-kecil tu, memang seronok melancong sebab aku tidak mengeluarkan modal walau sesen pun. Hahaha. Tapi apabila dah meningkat dewasa ini, faham erti kekangan wang ringgit...maka, kuranglah aku pergi melancong. Kurang je tau...bukan stop terus melancong tu. Hahaha.
Bagi aku, melancong ini ibarat salah satu cara untuk aku release stress. Redakan tekanan yang timbul dalam kehidupan. Lain orang, lain ragam mereka tangani masalah. Aku merasa amat berpuas hati apabila aku dapat melawat tempat baharu, mengenal adat dan budaya orang serta mempelajari keunikan tempat itu sendiri. Apa-apa yang kita baca mengenai sesebuah tempat itu tidak sama dengan apa yang kita lalui semasa berada di tempat itu sendiri. Betul tak?