MENU

Saturday 28 January 2023

Travel Is My Therapy

Melancong membawa maksud melawat sambil melihat-lihat. Siapa yang tak suka melancong? Aku? Mestilah suka...itu hobi aku sedari masih kecil dahulu. Melancong ini tidak semestinya perlu ke luar negara. Dalam negara kita sendiri pun sudah memadai.

Banyak sahaja tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dalam Malaysia ini. Cuma, masa dan kesempatan yang kadang-kadang menjadi penghalang untuk melancong. Status kewangan pun boleh menjadi faktor seseorang itu tidak melancong. Tapi, aku malas nak komen lebih-lebih pasal isu itu sebab ianya sangatlah sensitif.

Kalau dahulu, definisi melancong aku itu hanyalah sekadar melawat tempat-tempat yang dibawa oleh keluargaku. Sangat terhad sebab parents aku dalam perhubungan jarak jauh (PJJ). Tapi yang aku ingat, pernah lah juga aku sampai ke Port Dickson, Johor Bharu, Alor Gajah, Sarawak dan lain-lain lagi.

Masa kecil-kecil tu, memang seronok melancong sebab aku tidak mengeluarkan modal walau sesen pun. Hahaha. Tapi apabila dah meningkat dewasa ini, faham erti kekangan wang ringgit...maka, kuranglah aku pergi melancong. Kurang je tau...bukan stop terus melancong tu. Hahaha.

Bagi aku, melancong ini ibarat salah satu cara untuk aku release stress. Redakan tekanan yang timbul dalam kehidupan. Lain orang, lain ragam mereka tangani masalah. Aku merasa amat berpuas hati apabila aku dapat melawat tempat baharu, mengenal adat dan budaya orang serta mempelajari keunikan tempat itu sendiri. Apa-apa yang kita baca mengenai sesebuah tempat itu tidak sama dengan apa yang kita lalui semasa berada di tempat itu sendiri. Betul tak? 

Friday 13 January 2023

I Made It!




Ada pepatah yang mengatakan, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Itu kalau dalam bahasa Malaysia. Dalam bahasa English pulak, if you improve by 1% everyday, within a year you will have improved by 365%. Aduhai! Panjang betul peribahasa itu. Patutlah orang cakap bahasa Malaysia lagi senang nak dipelajari. Hahahaa.

Okay. Kalini nak update pasal blog aku yang dah ditambahbaik sejak last post haritu. Amacam? Korang tengok okay ke tak okay? Hahaha. Bolehlah kan daripada tiada apa-apa perubahan. Itu sahaja yang aku mampu lakukan untuk sementara waktu ini. Tapi, walau 'itu je' dah makan masa berminggu-minggu tau!

Sesungguhnya, agak memenatkan bagi aku untuk membuat separuh (ke tak sampai separuh) perubahan ini sebenarnya. Pi singgah blog sana, intai website sini, terjah tutorial itu, eh dan macam-macam lagi lah yang aku buat semata-mata nak upgrade atau nama lain dia, menaiktarafkan blog ini. Jadi, bagilah sedikit kata-kata pujian yang membina pada aku supaya aku makin bersemangat nak ber-blogging selepas ini.