MENU

Friday 13 January 2023

I Made It!




Ada pepatah yang mengatakan, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Itu kalau dalam bahasa Malaysia. Dalam bahasa English pulak, if you improve by 1% everyday, within a year you will have improved by 365%. Aduhai! Panjang betul peribahasa itu. Patutlah orang cakap bahasa Malaysia lagi senang nak dipelajari. Hahahaa.

Okay. Kalini nak update pasal blog aku yang dah ditambahbaik sejak last post haritu. Amacam? Korang tengok okay ke tak okay? Hahaha. Bolehlah kan daripada tiada apa-apa perubahan. Itu sahaja yang aku mampu lakukan untuk sementara waktu ini. Tapi, walau 'itu je' dah makan masa berminggu-minggu tau!

Sesungguhnya, agak memenatkan bagi aku untuk membuat separuh (ke tak sampai separuh) perubahan ini sebenarnya. Pi singgah blog sana, intai website sini, terjah tutorial itu, eh dan macam-macam lagi lah yang aku buat semata-mata nak upgrade atau nama lain dia, menaiktarafkan blog ini. Jadi, bagilah sedikit kata-kata pujian yang membina pada aku supaya aku makin bersemangat nak ber-blogging selepas ini.

Tapi ada kemungkinan besar, template ini akan bertukar lagi nanti. Hahahaa. Aku masih sedang mencari-cari template yang minimalist and lightweight, so that senang je kalau nak browse melalui telefon di kemudian hari. Dah cuba guna yang free, tapi itulah, lama betul tunggu loading dia. Jadi, aku decide nak beli sahaja template yang sesuai.

Pernah aku terjumpa template yang cantik dan menarik, tapi harga pulak yang tidak cun. Hahahaa. Makanya, aku akan masih terus menerokai setiap template yang muncul dalam pencarianku nanti. Harapnya, cepatlah template yang sebegitu wujud. Hahahaa.

2 comments :

  1. Keep on blogging, I support you.. For me blogging dapat merehatkan fikiran kerana kita bebas berkarya dan express perasaan kita untuk dikongsi bersama rakan bloggers. Sambil tu blogwalking baca cerita rakan-rakan lain.. best! Kalau ada Adsense dapat side income juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, that's right! Thanks for the support. Memang ada niat nak include Adsense, tapi nak bagi blog ni stabil dulu hahahaa

      Delete

Sila sila, jangan segan silu tinggalkan komen anda ;)