MENU

Thursday 23 February 2023

Kad Prabayar Bigpay

 


Bagi mereka yang tak tahu, apa itu kad prabayar Bigpay…meh sini aku jelaskan. Basically, ia merupakan sekeping kad yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan kad debit. Cuma, yang membezakan antara mereka berdua adalah kad prabayar Bigpay tidak terikat secara langsung dengan akaun bank simpanan korang.

Maksudnya, setiap kali korang gunakan kad prabayar Bigpay tu untuk sebarang pembayaran…wang simpanan dalam bank korang itu tak akan terjejas sama sekali. Pembayaran yang dibuat hanya akan ditolak dari akaun Bigpay, dengan syarat ianya tidak melebihi jumlah wang dalam akaun tersebut.

Haa…macam mana pulak nak tambah wang dalam akaun Bigpay tu? Dekat sini barulah akan ada connection dengan akaun bank simpanan, di mana korang perlu buat transaksi tambah nilai dari akaun bank ke dalam akaun Bigpay itu. Faham tak? Halah halah halah…macam yang selalu korang topup TouchnGo e-wallet korang tu. Macam itu lah caranya…hahahaa.

Kalau korang semua nak tahu… kad prabayar Bigpay ni ada satu kelebihan yang sangat menarik, iaitu ia menyokong Mastercard…di mana pemilik kad Bigpay boleh menggunakan kad tersebut di mana-mana sahaja yang menerima transaksi tanpa tunai. Kat luar negara pun boleh jugak ke? Yes, of course boleh. Hampir di seluruh dunia korang boleh gunakan kad prabayar Bigpay ini. So, lepas ni…senang lah korang nak pergi melancong. Hanya perlu bawa kad prabayar Bigpay je kan?



2 comments :

Sila sila, jangan segan silu tinggalkan komen anda ;)